Perjalanan dalam memahami bahan, label, greenwashing dan perubahan gaya hidup
Selepas selesai rawatan kemoterapi, Fuza mula menilai setiap pilihan harian yang dianggap "biasa". Bermula dari makanan, produk penjagaan diri sehinggalah produk pembersih rumah yang digunakan setiap hari. Fuza tak pernah mempersoalkan atau berfikir tentang apa yang terkandung di dalamnya dan kesannya pada kesihatan.
Fuza bermula dengan perubahan yang kecil, yang mudah untuk dikawal. Salah satunya adalah produk penjagaan diri yang digunakan setiap hari. Fuza bermula dengan "kosong"- Fuza tak tahu baca senarai bahan, tak ada pengetahuan mengenai bahan-bahan tersembunyi yang ada dalam produk, kesan bahan-bahan tertentu terhadap kesihatan, istilah greenwashing dan sebagainya.
Sakit, adalah pengalaman yang membuatkan Fuza semakin faham bahawa tubuh badan adalah amanah yang dipinjamkan dan dipertanggungjawabkan kepada kita. Kita bertanggungjawab untuk membuat pilihan yang terbaik bagi menjaga amanah yang telah diberikan. Perjalanan ditch & switch bukanlah untuk menidakkan takdir, tetapi ia adalah salah satu usaha bagi menjaga amanah yang telah diberikan kerana semuanya akan dipersoalkan kelak.
Percaya tak kalau Fuza cakap, bedak bayi Johnson & Johnson adalah produk pertama yang Fuza buang?
Bila diuji dengan sakit, Fuza mula mencari maklumat berkenaan faktor, penyebab dan segala yang berkaitan dengan penyakit yang dialami. Semasa Fuza membuat carian berkenaan kanser ovari, Fuza terjumpa pelbagai artikel mengenai tindakan undang-undang yang melibatkan bedak bayi Johnson & Johnson.
Yang mengejutkan Fuza bukan sekadar kes mahkamah tersebut, tetapi hakikat bahawa produk yang terlibat adalah produk bayi - produk yang selama ini dianggap selamat.
Sebagai pengguna, kita cenderung untuk mempercayai produk-produk yang dipasarkan bagi kegunaan bayi dan kanak-kanak adalah paling selamat untuk digunakan. Kepercayaan ini menyebabkan Fuza tidak mempersoalkan produk tersebut dan menggunakannya dengan penuh yakin.
"Jika produk bayi yang dianggap selamat pun boleh menimbulkan isu seperti ini, bagaimana pula dengan produk lain yang kita gunakan setiap hari?"
Isu ini telah membuka mata Fuza untuk melihat produk harian dengan perspektif berbeza - tidak hanya bergantung pada apa yang diiklankan dan tidak memilih kerana produk telah lama dipasaran semata-mata.
Setelah mengkaji dan menilai beberapa produk yang digunakan, Fuza mengambil keputusan untuk menukar produk yang digunakan setiap hari kepada alternatif yang lebih selamat. Namun, keputusan untuk menukar semua produk sekaligus bukanlah sesuatu yang praktikal dari segi kos, malah ia boleh menyebabkan rasa terbeban yang akhirnya berputus asa di tengah jalan. Fuza memilih pendekatan yang lebih realistik - buang dan ganti satu demi satu produk. Fuza tidak meletakkan apa-apa sasaran yang ketat - hanya fokus kepada perubahan kecil dan yang paling penting, konsisten.
1) Kenal Pasti Produk Harian
Senaraikan produk yang digunakan setiap hari - sabun, syampu, ubat gigi, deodorant, pencuci pakaian etc. Semakin kerap digunakan, semakin tinggi pendedahan terhadap bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.
2) Tukar Satu Produk Pada Satu Masa
Tiada tekanan dan tak perlu tergesa-gesa. Tukar satu produk pada satu masa - tukar satu produk sebulan atau satu produk setiap beberapa bulan. Paling penting adalah konsisten.
3) Belajar Sebelum Membeli
Baca senarai bahan, cari maklumat tentang bahan yang digunakan dan bandingkan pilihan dipasaran. Proses ini mengambil masa yang lama, tetapi lama-kelamaan kita akan semakin mahir untuk mengenal bahan-bahan yang ingin dielakkan dan boleh membuat pilihan yang terbaik.
4) Fokus Pada Kemajuan
Perubahan tidak perlu berlaku secara sempurna. Kita tidak mampu untuk mengelak semua toksin dalam kehidupan moden, tetapi kita boleh mengurangkan pendedahan yang berada dalam kawalan kita. Sedikit demi sedikit, perubahan kecil yang kita lalukan akhirnya membentuk gaya hidup baru.
Apabila Fuza mula membaca dan mengkaji bahan yang digunakan bagi menghasilkan produk, Fuza dapati bahawa bukan mudah untuk mencari produk yang benar-benar memenuhi kriteria yang dicari. Kebanyakkan produk dipasaran menggunakan teknik "greenwashing" - memancing pengguna dengan slogan-slogan seperti "natural", "plant-based", "toxin-free" dan sebagainya. Tetapi apabila diteliti senarai bahan yang digunakan, ia tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.
Ada produk yang menggunakan slogan "natural" tetapi masih mengandungi pewangi sintetik dalam senarai bahannya. Terdapat juga produk yang memaparkan imej-imej berupa ekstrak tumbuh-tumbuhan pada bungkusan, tetapi kandungan yang digunakan terlalu sedikit dan tak seperti yang digambarkan pada bungkusan.
Dalam proses mencari alternatif bagi menggantikan produk sedia ada, ketelusan adalah perkara yang paling sukar untuk ditemui. Banyak produk dipasarkan dengan pelbagai dakwaan, tetapi tidak semua pengeluar atau syarikat bersedia berkongsi maklumat yang mencukupi tentang bahan dan proses penghasilan produk.
Kriteria yang Fuza pegang dalam memilih produk:
Senarai bahan yang jelas dan telus.
Tidak menggunakan bahan yang membahayakan kesihatan.
Mempunyai standard kualiti yang konsisten.
Sanggup berkongsi maklumat bahan yang digunakan.
Fuza tertarik untuk menggunakan Young Living kerana syarikat ini memenuhi kriteria Fuza. Atas sebab itulah Fuza mula menggunakan banyak produk Young Living sebagai sebahagian daripada perjalanan Ditch & Switch yang masih diteruskan sehingga sekarang.
Apa yang Fuza tidak jangkakan apabila menggunakan Young Living ialah jumlah ilmu yang diperoleh sepanjang perjalanan ini. Melalui komuniti dan pelbagai perkongsian disediakan, Fuza mula belajar dengan lebih mendalam berkenaan formulasi produk, bahan-bahan yang digunakan, rawatan alternatif menggunakan bahan-bahan daripada alam semula jadi dan sebagainya. Daripada pelbagai ilmu yang dipelajari, mula terbit minat untuk belajar menghasilkan produk sendiri secara kecil-kecilan. Antaranya; sabun, deodorant, lip stick, face oil, body mist dan lain-lain.
Fuza tidak mengharapkan semua orang untuk membuat perubahan yang sama seperti apa yang Fuza lakukan. Setiap orang mempunyai perjalanan, kemampuan dan keutamaan yang berbeza. Satu perkara yang Fuza pelajari dari pengalaman ini adalah; kesedaran datang sebelum perubahan. Kadang-kadang perubahan yang besar bermula dengan satu keputusan kecil yang dibuat hari ini.