Bahan yang direka untuk penyerapan bahan aktif ke dalam lapisan kulit
Ia adalah bahan yang direka bagi membantu bahan aktif yang terdapat dalam sesuatu produk untuk menyerap lebih mudah ke dalam lapisan kulit - membolehkan produk menembusi skin barrier dengan lebih efektif.
Ia digunakan dengan meluas dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik. Namun, ramai tidak sedar bahawa ia juga boleh mendedahkan badan kepada bahan kimia lain yang terdapat dalam produk yang sama.
Penetration enhancer bekerja melalui 3 mekanisme utama yang mengubah cara kulit menyerap bahan kimia dari luar.
1) Mengganggu Struktur Lemak
Mewujudkan runag sementara pada lapisan pelindung kulit. Gangguan berulang boleh mengakibatkan kulit menjadi lebih sensitif, kering dan mudah berlaku iritasi.
2) Meningkatkan Kebolehtelapan
Mengubah struktur protein kulit (keratin) dengan "melonggarkan" ikatan lapisan luar - membolehkan lebih banyak bahan meresap masuk ke dalam badan.
3) Meningkatkan Keterlarutan
Membantu bahan-bahan yang terkandung di dalam produk untuk lebih mudah diserap oleh tubuh badan.
Terdapat beberapa jenis penetration enhancer yang sering digunakan dalam produk-produk dipasaran.
1) Alcohol
Bantu bahan aktif menyerap lebih cepat. Penggunaan berlebihan boleh mengeringkan kulit, lemahkan skin barrier dan meningkatkan sensitiviti kulit dalam jangka panjang.
2) Glycol
Propylene Glycol dan PEG sering digunakan dalam produk penjagaan diri dan kosmetik. PEG selalu dicemari oleh 1,4 dioxane yang diklasifikasikan sebagai bahan karsinogen.
3) Dimethyl Sulfoxide
Juga dikenali sebagai DMSO. Sangat efektif untuk menembusi kulit di mana ia berkeupayaan untuk membawa bahan lain masuk bersama, termasuk bahan berbahaya.
"Allah menciptakan kulit kita sebagai pelindung semulajadi badan. Namun apabila sesuatu produk direka untuk menyerap lebih dalam, apa yang membimbangkan bukan sekadar bahan aktif, tapi bahan-bahan kimia lain juga akan turut sama masuk ke dalam badan. Sudah tiba masanya untuk kita lebih berhati-hati dan sedar dengan apa yang kita sapu pada badan setiap hari."