Perkataan seperti "Natural", "Plant-Based", "Organic" dan "Chemical-Free" sering membuatkan kita beranggapan bahawa sesuatu produk itu selamat. Hakikatnya, bahagian paling penting dalam menilai produk bukanlah pada slogan pemasaran - tetapi pada senarai bahan yang tertera di belakang bungkusan.
Sebenarnya Fuza sendiri pun pernah jadi pengguna macam tu - jarang atau tak pernah baca senarai bahan tapi lebih percayakan iklan, slogan pemasaran dan testimoni. Kalau produk tu nampak "natural" dari segi bungkusan, slogan dan ayat iklan yang digunakan, Fuza akan anggap produk tersebut selamat untuk digunakan. Tak fikir panjang, terus beli.
Namun segalanya berubah selepas Fuza melalui pengalaman kanser. Fuza mula lihat produk dari perspektif yang berbeza. Fuza mula baca senarai bahan dan bukan bergantung 100% pada bungkusan kerana Fuza sedar, apa yang dipaparkan pada bungkusan (ilustrasi, iklan) tidak semestinya mencerminkan apa yang terkandung dalam produk.
Masalah yang Fuza alami juga dihadapi oleh pengguna yang lain. Majoriti tidak pernah didedahkan dengan cara membaca senarai bahan dengan betul. Akibatnya, ramai yang terkeliru dan bergantung sepenuhnya pada iklan dan slogan pemasaran tanpa memahami apa sebenarnya yang terkandung dalam sesuatu produk.
Setiap produk penjagaan diri perlu menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan dan dipamerkan pada bungkusan produk. Bahan disenaraikan mengikut kepekatan secara menurun - dari tertinggi ke terendah. Bagi bahan yang kepekatan atau kuantitinya di bawah 1% boleh disenaraikan dalam sebarang susunan. Contoh susunan bahan adalah seperti dalam jadual berikut:
Dalam contoh di atas, air berada dikedudukan pertama kerana ia digunakan dalam jumlah yang paling banyak diikuti oleh glycerin, Sodium Laureth Sulfate (SLES) dan Cocamidopropyl Betaine. Manakala kepekatan aloe vera, green tea extract dan Vitamin E adalah di bawah 1% maka, boleh disusun dalam sebarang susunan.
Wangian (fragrance/ parfum) adalah pengecualian - jika produk mempunyai wangian, pengeluar tidak perlu untuk menyenaraikan semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan bauan, cukup sekadar label "fragrane" atau "parfum" sahaja kerana telah termaktub sebagai "trade secret" atau rahsia perdagangan.
Kebanyakkan produk penjagaan diri dan kosmetik menggunakan International Nomenclature of Cosmetic Ingredients (INCI). Ia merupakan sistem penamaan antarabangsa untuk penyeragaman nama bahan supaya ia boleh dikenali di seluruh dunia.
Nama saintifik atau nama latin sering digunakan bagi tumbuh-tumbuhan, herba atau ekstrak. Sebagai contoh:
Lavandula Angustifolia - Lavender Essential Oil
Mentha Piperita - Peppermint Essential Oil
Aloe Barbadensis Leaf Juice - Aloe Vera
Terdapat juga bahan yang disenaraikan menggunakan nama kimia. Sebagai contoh:
Sodium Laureth Sulfate (SLES)
Polyethylene Glycol (PEG)
Nombor Kelompok (Batch Number)
Digunakan oleh pengilang bagi mengenal pasti kelompok pengeluaran produk. Maklumat ini penting untuk kebolehkesanan (traceability) sekiranya berlaku isu berkaitan kualiti atau pencemaran - membolehkan tindakan lanjut seperti penarikan semula produk.
Tarikh Luput Dan Period After Opening (PAO)
Sesetengah pengilang meletakkan tarikh luput pada bungkusan produk. Tarik ini menunjukkan tempoh masa produk dijangka stabil dan selamat untuk digunakan.
Selain tarikh luput, terdapat pengilang yang menggunakan Period After Opening (PAO) - tempoh selepas pembukaan. Ia adalah tempoh pengilang menjamin kestabilan dan keselamatan produk selepas dibuka. Setelah produk dibuka. ia hendaklah digunakan dalam tempoh yang telah dinyatakan pada label bungkusan. Simbol PAO berbentuk bekas terbuka dengan huruf seperti 6M, 12M atau 24M. Huruf "M" merujuk kepada bulan (months).
6M = Gunakan dalam tempoh 6 bulan selepas dibuka
12M = Gunakan dalam tempoh 12 bulan selepas dibuka.
24M = Gunakan dalam tempoh 24 bulan selepas dibuka.
Sebelum membeli atau menggunakan sesuatu produk penjagaan diri, ikuti panduan mudah ini untuk membuat pilihan yang lebih bijak dan selamat.
a) Baca Senarai Bahan
Baca senarai bahan yang selalunya berada dibahagian belakang bungkusan, bukan sekadar baca slogan pemasaran, iklan atau reka bentuk (design) bungkusan
b) Faham Susunan Kepekatan
Bahan yang berada pada kedudukan teratas senarai bahan merupakan bahan yang paling banyak atau mempunyai kepekatan tertinggi dalam produk.
c) Kenal Pasti "Red Flag"
Kenal pasti bahan-bahan yang berbahaya pada tubuh badan seperti Fragrance, Paraben, PEG, SLES dan sebagainya.
d) Faham Sistem INCI
Kenali nama-nama saintifik atau nama kimia bagi bahan yang digunakan. Contoh; Lavandula Angustifolia merujuk kepada Lavender
e) Semak Tarikh Luput Dan PAO
Pastikan produk masih selamat dan belum tamat tempoh penggunaan.
Setelah memahami cara membaca label, anda mungkin akan terkejut apabila mendapati bahawa slogan seperti "Natural", "Chemical-Free" dan "Plant-Based" tidak semestinya menggambarkan kandungan sebenar produk.
Natural - Tiada definisi undang-undang yang ketat. Ia boleh juga mengandungi bahan sintetik.
Chemical-Free - Istilah yang mengelirukan. Semua bahan adalah kimia secara saintifik.
Plan-Based - Produk masih boleh mengandungi campuran daripada tumbuh-tumbuhan dan sintetik.
" Kuasa membuat pilihan yang selamat ada pada anda- mulakan dengan membaca label"