Toksin senyap dalam produk penjagaan diri yang ramai tak sedar
Ramai percaya bahawa semua produk yang dijual di pasaran adalah selamat. Kalau tak selamat, tak mungkin boleh dipasarkan. Rupanya tanggapan itu ternyata salah!
Bila Fuza diuji dengan kanser, Fuza mula belajar tentang toxin load, hormon dan bagaimana tubuh badan berfungsi. Setiap makanan, minuman dan apa yang kita sapu pada kulit memerlukan badan bekerja keras untuk memproses. Kebanyakkan bahan kimia yang digunakan untuk penghasilan produk penjagaan diri, barangan kosmetik dan sebagainya boleh menggangu sistem badan kita.
Pendedahan berulang dalam jangka masa panjang mendedahkan badan dengan gangguan hormon, keradangan kronik, masalah kesuburan dan peningkatan toksin dalam badan.
Kulit merupakan organ terbesar manusia. Kebanyakan orang beranggapan kulit hanyalah pelindung luaran - hakikatnya apa yang kita sapu setiap hari boleh diserap masuk ke dalam badan, bukan sekadar duduk dipermukaan.
Walaupun kulit berfungsi sebagai perlindung luaran tubuh, sesetengah bahan kimia yang terkandung dalam produk penjagaan diri telah direka supaya bahan aktif yang terdapat di dalam produk lebih mudah untuk menembusi lapisan kulit. Bahan ini dikenali sebagai "penetration enhancer".
Sebab tu sesetengah produk terutama skincare boleh beri kesan yang cepat pada kulit. Masalahnya, bahan kimia lain yang terdapat dalam produk tersebut juga berpotensi untuk masuk ke dalam badan terutamanya apabila digunakan berulang kali dalam jangka masa panjang.
" Penetration enhancer - bahan yang membantu tingkatkan penyerapan formulasi produk ke dalam kulit"
Sebagai wanita, berapa banyak produk penjagaan diri dan kosmetik yang kita gunakan dalam sehari?Setiap barangan penjagaan diri seperti sabun, syampu, perapi rambut, pencuci muka, wangian, kosmetik dan sebagainya mengandungi lebih daripada dua bahan kimia.
12
Produk Sehari
Purata wanita menggunakan 12 produk penjagaan diri setiap hari
100+
Bahan Kimia
Mendedahkan badan kepada lebih 100 jenis bahan kimia harian
80,000
Kimia di Pasaran
Laporan President's Cancer Panel 2010, sebahagian masih belum dikaji kesan kepada kesihatan
Sumber: Environmental Working Group (EWG) & The Toxin Solution, Dr. Joseph Pizzorno