5 Bahan kimia yang sering digunakan dalam penghasilan produk penjagaan diri dan mengapa kita perlu mengambil perhatian dari sudut kesihatan.
FDA mentakrifkan "fragrance" atau wangian sebagai gabungan bahan-bahan kimia tertentu untuk menghasilkan sesuatu bau atau aroma yang tersendiri.
Ramai tidak mengetahui bahawa, satu formulasi wangian boleh mengandungi puluhan hingga ratusan bahan kimia yang tidak dinyatakan secara spesifik pada label kerana formulasi wangian dilindungi di bawah "trade secret" atau rahsia formulasi syarikat. Syarikat hanya perlu menyenaraikan perkataan seperti "fragrance", "parfum" atau "perfume" sahaja. Maka, jika terdapat bahan-bahan yang mengganggu hormon atau berbahaya digunakan, ia boleh disorokkan di bawah label ini. Phthalates adalah salah satu bahan yang digunakan secara meluas dalam penghasilan wangian dan bahan ini dikategorikan sebagai bahan kimia pengganggu endokrin (Endocrine Disrupting Chemicals - EDCs).
Menurut laporan The International Fragrance Association (IFRA) terdapat ribuan bahan yang digunakan dalam formulasi wangian dan sebahagian bahan yang digunakan dikaitkan dengan isu kesihatan seperti alahan, sensitiviti kulit, gangguan hormon, masalah pada sistem pernafasan dan sebagainya.
Parabens digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet dalam produk penjagaan diri dan kosmetik bagi mencegah pertumbuhan bakteria dan kulat.
Parabens Yang Sering Digunakan
Methylparaben
Propylparaben
Butylparaben
Ethylparaben
Kenapa Parabens Menjadi Perhatian?
U.N Environment Programme dan Danish Center on Endocrine Disruptors telah mengenal pasti beberapa jenis paraben sebagai bahan yang berpotensi mengganggu sistem endokrin. Paraben juga mempunyai struktur yang boleh meniru hormon estrogen manusia. Ia boleh mengganggu hormon reproduktif lelaki dan wanita
" Kesan beberapa jenis paraben ditemui dalam tisu tumor payudara pada 19 daripada 20 wanita yang dikaji"
Kajian Philippa Darbre (2004), Biochemist & Breast Cancer Researcher
Kajian tersebut tidak membuktikan bahawa paraben secara langsung menyebabkan kanser payudara, tetapi ia telah mencetuskan lebih banyak kajian tentang kesan pendedahan bagi jangka masa panjang.
Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES) merupakan bahan surfactant dan agen pembuih. Disebabkan kosnya yang murah dan keberkesanan menghasilkan buih, kedua-dua bahan ini digunakan secara meluas dalam produk penjagaan diri seperti syampu, sabun, pencuci muka dan lain-lain.
Surfactant - bahan yang membantu minyak dan air untuk bercampur. Ia juga membantu kotoran dibersihkan dengan lebih mudah.
SLS boleh menanggalkan minyak semulajadi kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih kering atau sensitif. Penggunaan berlebihan boleh mengganggu skin barrier bagi individu yang mempunyai kulit sensitif.
SLES ialah versi SLS yang diproses supaya lebih lembut dan kurang merangsakan kulit. Ia dihasilkan melalui proses yang dipanggil ethoxylation iaitu menambah ethylene oxide kepada SLS.
"Proses ethoxylation boleh menghasilkan bahan pencemar sampingan seperti 1,4-dioxane. Ia telah diklasifikasikan sebagai possible human carcinogen oleh beberapa agensi kesihatan berdasarkan kajian haiwan dan data saintifik"
PEG ialah bahan yang digunakan secara meluas dalam produk penjagaan diri kerana sifatnya yang versatile.
Kegunaan PEG dalam produk penjagaan diri
Humectant - Mengekalkan kelembapan pada kulit
Emulsifier - Membantu minyak dan air bercampur dalam formulasi
Emollient - Melembut dan melicinkan kulit
Penetration Enhancer - Membantu bahan lain menyerap dengan lebih mudah ke dalam kulit
Nombor pada PEG seperti PEG-6, PEG-8 atau PEG-100 merujuk kepada berat molekul - secara umum, PEG dengan berat molekul lebih rendah akan lebih mudah menyerap ke dalam kulit.
"PEG dihasilkan melalui proses ethoxylation yang menggunakan ethylene oxide"
Menurut laporan Cosmetic Ingredients Review Committee (CIR), proses ethoxylation yang digunakan untuk menghasilkan PEG boleh dicemari oleh 1,4-dioxane dan ethylene oxide yang bersifat karsinogenik jika tidak dimurnikan dengan baik.
Isu utama yang sering dibincangkan bukan semata-mata PEG itu sendiri, tetapi bagaimana ia diproses serta tahap pemurnian yang dilakukan bagi mengurangkan atau menyingkirkan bahan pencemar seperti 1,4-dioxane dan ethylene oxide sebelum sesuatu bahan digunakan dalam formulasi produk.
Butylated Hydroxyanisole (BHA) dan Butylated Hydroxytoluene (BHT) ialah bahan antioxidan sintetik yang tarhasil daripada olahan petroleum. Ia sering digunakan sebagai bahan pengawet dalam produk penjagaan diri, kosmetik dan juga makanan. Bahan ini membantu memanjangkan jangka hayat produk dengan menghalang proses pengoksidaan.
Pendedahan berpanjangan terhadap BHA dan BHT telah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti gangguan hormon, kesan terhadap sistem reproduktif dan kanser.
The Environment Canada Domestic Subtance List telak mengklasifikasi BHA dan BHT sebagai toksik. Pendedahan terhadap BHA boleh mengakibatkan kerosakan pada peringkat sel (cytotoxic) walaupun pada dos yang rendah.
National Toxicology Program (NTP) menyenaraikan BHA sebagai bahan yang besifat karsinogen kepada manusia berdasarkan kajian yang tersedia.
Tujuan Fuza berkongsi berkenaan bahan-bahan ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan, tetapi untuk memberi sedikit maklumat bagi membantu anda lebih memahami apa yang terkandung dalam produk harian dan bagaimana pendedahan kecil setiap hari boleh memberi kesan kepada badan dalam jangka masa panjang. Semakin banyak kita belajar tentang bahan-bahan dan proses pembuatan sesuatu produk, kita akan semakin bijak dan sedar dengan pilihan yang kita boleh buat untuk diri dan keluarga.